PUBLISHED: July 05, 2024
SHARE

Walaupun sudah berzaman lamanya, namun segelintir masyarakat Melayu masih lagi mempraktikkan adat-adat orang dulu. Antaranya merupakan adat-adat perkahwinan seperti proses merisik dan pemberian cincin sebagai hadiah kepada pihak perempuan. Namun begitu, majlis pertunangan dan kahwin juga ada cincin diamond yang diberi oleh pihak lelaki. Secara keseluruhan, terdapat 3 jenis cincin yang pihak perempuan akan terima. Tapi, apa yang membezakan antara ketiga-tiga cincin ini?

Cincin merisik (cincin belah rotan)

Merisik secara definisinya bermaksud menyelidiki atau menyiasat dengan sembunyi-sembunyi. Namun, dalam konsep berkahwin ini, merisik akan berlaku dengan pihak lelaki menghantar rombongan ke rumah si perempuan untuk mendapat tahu status perempuan itu jika sudah berpunya ataupun tidak.

Pada zaman dahulu, merisik secara tradisionalnya akan berlaku apabila pihak keluarga ingin mengaturkan perkahwinan bagi anaknya. Tapi pada masa kini, ada saja pasangan yang walaupun sudah saling mengenali, masih melakukan upacara merisik bagi keluarga mereka saling berkenalan.

Hanya satu jenis cincin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ketika ingin merisik keluarga bakal pengantin perempuan, iaitu cincin belah rotan. Cincin belah rotan ini diperbuat oleh emas 916 dan mempunyai reka bentuk yang ringkas sahaja. Cincin merisik juga dikenali sebagai cincin tanda dimana ia membawa simbol bahawa perempuan tersebut sudah pun menerima lamaran lelaki itu.

Cincin tunang (cincin eternity)

Ada pula sesetengah pasangan yang ingin mempercepatkan atau menyenangkan proses perkahwinan dengan terus bertunang dengan calon pilihan sendiri. Ketika majlis bertunang ini, sebentuk cincin lagi akan diberikan oleh pihak lelaki kepada tunangnya sebagai tanda bahawa perempuan tersebut bakal menjadi isterinya.

Reka bentuk cincin ini dinaiktaraf kepada sesuatu yang lebih mahal dan lawa berbanding cincin merisik. Cincin tunang biasanya diperbuat oleh emas 916 juga tetapi merupakan lebih lebar dan tebal. Cincin tunang yang diperbuat oleh perak juga boleh diberikan kepada tunang perempuan. Cincin tunang yang diberikan biasanya mempunyai satu batu permata kecil dalam reka bentuknya.

Tapi pada masa kini, ramai yang memberikan tunangnya cincin eternity atau eternity ring sebagai cincin tunang. Cincin eternity ini diperbuat oleh emas 18k dan terdapat berlian kecil-kecil yang mengelilingi badan cincin tersebut.

LVC Eterno Harmony Wedding Band in Rose Gold with Diamonds

jenis cincin tunang LVC Eterno Harmony emas ros dengan reka bentuk cincin eternity separuh dan 9 berlian
jenis Cincin tunang sepasang LVC Eterno Harmony emas ros dengan cincin eternity separuh berlian dan cincin polos

jenis cincin tunang LVC Petit Precieux Desire emas putih dengan reka bentuk V dan cincin eternity separuh 11 berlian jenis cincin tunang LVC Petit Precieux Desire emas putih dengan reka bentuk V dan cincin eternity separuh 11 berlian

jenis cincin tunang LVC Eterno Juliet emas putih  dengan reka bentuk cincin eternity penuh dan 33 berlian

jenis cincin tunang LVC Petit Precieux Timeless emas putih dengan reka bentuk cincin eternity separuh dan 7 berlian, jumlah 1 karat jenis cincin tunang LVC Petit Precieux Timeless emas ros dengan reka bentuk cincin eternity separuh dan 7 berlian, jumlah 1 karat


jenis cincin tunang LVC Desirio Cross emas putih dengan reka bentuk silang dan 37 berlian jenis cincin tunang LVC Desirio Cross emas putih dengan reka bentuk silang dan 37 berlian

Cincin tunang LVC Say Love Classic dalam emas putih dengan sebutir berlian 0.7 karat Cincin tunang LVC Say Love Classic dalam emas putih dengan sebutir berlian 0.7 karat

 

Cincin nikah atau cincin kahwin (cincin solitaire)

Akhir sekali adalah cincin nikah ataupun cincin kahwin. Ketika majlis akad nikah, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan akan menerima cincin perkahwinan dari satu sama lain sebagai tanda sah ikatan sebagai suami isteri. Kedua-dua pengantin akan mengambil bahagian dalam sebuah upacara iaitu upacara membatalkan air wuduk atau air sembahyang. Ketika upacara ini, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan menyarungkan cincin kahwin ke jari manis masing-masing setelah selesai diijab qabulkan.

Cincin nikah adalah cincin yang paling penting jika dibandingkan dengan cincin merisik dan bertunang kerana cincin ini memberi simbol bahawa pasangan tersebut sudah pun bergelar sebagai suami isteri.

Selain daripada itu, cincin nikah juga merupakan cincin yang lebih eksklusif. Cincin nikah juga selalunya direka dengan satu batu berlian atau lebih dikenali sebagai cincin solitaire.

Namun pada masa kini, ada saja pengantin yang lebih gemar mereka bentuk cincin nikahnya sendiri mengikut citarasa masing-masing daripada membeli cincin yang sudah sedia untul dibeli. Antara sebabnya adalah kerana mereka mahu cincin nikah mereka istimewa dan menonjol di antara reka bentuk cincin biasa.

LVC Say Love™ Destiny Diamond Ring - 0.7ct

Jenis cincin nikah perempuan LVC Say Love Destiny dalam emas putih dengan sebutir berlian 0.7 karat dengan pantulan hati ikonik di tengah berlian


LVC Say Love™ Love Journey Carita Diamond Ring - 1.0ct

lvc jenis cincin kahwin LVC Say Love Carita dalam emas putih dan ros, dihiasi berlian 1.0 karat dengan pantulan hati ikonik dan rekaan prong berbentuk hati
lvc jenis cincin kahwin LVC Say Love Carita dalam emas putih dan ros, dihiasi berlian 1.0 karat dengan pantulan hati ikonik dan rekaan prong berbentuk hati

LVC Say Love™ Destiny Elise Diamond Ring - 1.0ct

jenis cincin nikah perempuan LVC Say Love Destiny Elise dalam emas putih dan ros, dengan berlian 1.0 karat, rekaan simbol infiniti dan pantulan hati ikonik dalam berlian
jenis cincin nikah perempuan LVC Say Love Destiny Elise dalam emas putih dan ros, dengan berlian 1.0 karat, rekaan simbol infiniti dan pantulan hati ikonik dalam berlian

LVC Say Love™ Odessa Twist Diamond Ring 0.7ct

enis cincin nikah perempuan LVC Say Love Odessa Twist dalam emas putih dan ros, dihiasi berlian 0.7 karat dan berlian sisi, dengan pantulan hati ikonik dalam berlian
enis cincin nikah perempuan LVC Say Love Odessa Twist dalam emas putih dan ros, dihiasi berlian 0.7 karat dan berlian sisi, dengan pantulan hati ikonik dalam berlian

LVC Say Love™ Destiny Esme Diamond Ring - 0.7ct

Jenis cincin nikah perempuan LVC Say Love Destiny Esme dalam emas putih dan ros, dengan berlian 0.7 karat dan pantulan hati ikonik di tengah berlian
Jenis cincin nikah perempuan LVC Say Love Destiny Esme dalam emas putih dan ros, dengan berlian 0.7 karat dan pantulan hati ikonik di tengah berlian

LVC Say Love™ Elena Diamond Ring - 0.7ct

Jenis cincin kahwin perempuan LVC Say Love Elena dalam emas putih, dengan berlian 0.7 karat, dihiasi berlian sisi dan pantulan hati ikonik di tengah berlian
Jenis cincin kahwin perempuan LVC Say Love Elena dalam emas putih, dengan berlian 0.7 karat, dihiasi berlian sisi dan pantulan hati ikonik di tengah berlian

Cincin tunang dan nikah untuk lelaki

Mesti anda tertanya, bagaimana pula dengan pihak lelaki? Adakah mereka akan menerima tiga jenis cincin daripada pihak perempuan juga?

Jawapannya adalah tidak. Ini kerana cincin tunang ataupun cincin nikah bukanlah suatu kewajiban untuk mereka pakai.

Namun begitu, tidak salah jika pihak perempuan ingin menghadiahkan bakal suaminya cincin tunang atau cincin nikah supaya kelihatan sedondon di atas pelamin. Lebih lagi, cincin kahwin sepasang boleh menjadi simbolik untuk kedua-dua mempelai, merefleksikan persatuan dan keharmonian yang hendak dicapai melalui perkahwinan.

Tapi perlu anda ingat, oleh kerana majoriti orang Melayu beragama Islam, diharamkan bagi lelaki Melayu Islam untuk memakai cincin yang diperbuat oleh emas.

Jadi, jika anda ingin menghadiahkan bakal suami anda cincin tunang atau cincin kahwin sepasang, belilah cincin yang diperbuat oleh perak ataupun platinum.

LVC Purete Classic Wedding Band with Matte Finish in Platinum

jenis cincin kahwin atau tunang lelaki LVC Purete Classic platinum dengan kemasan matte
jenis cincin kahwin atau tunang lelaki LVC Purete Classic platinum dengan kemasan matte

 

LVC Purete Classic Wedding Band with Glossy Finish in Platinum

jenis Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin lelaki LVC Purete Classic platinum dengan kemasan berkilat dan matte yang moden dan bergaya
jenis Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin lelaki  LVC Purete Classic platinum dengan kemasan berkilat dan matte yang moden dan bergaya

 

LVC Purete Duo Wedding Band with Mixed Matte and Glossy Finish in Platinum

Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin LVC Purete Duo platinum dengan kemasan matte dan berkilat yang elegan
Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin LVC Purete Duo platinum dengan kemasan matte dan berkilat yang elegan

 

LVC Purete Blessed Wedding Band with Dual Finish in Platinum

Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin LVC Purete Blessed platinum dengan kemasan dual matte dan berkilat yang ringkas dan maskulin
Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin LVC Purete Blessed platinum dengan kemasan dual matte dan berkilat yang ringkas dan maskulin

 

LVC Purete Bliss Wedding Band in Platinum

Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin LVC Purete Bliss platinum dengan rekaan silang dan satu berlian tersembunyi
Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin LVC Purete Bliss platinum dengan rekaan silang dan satu berlian tersembunyi

 

LVC Purete Step Edge Wedding Band in Platinum

Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin LVC Purete Step Edge platinum dengan rekaan tepi bertingkat yang moden dan maskulin
Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin LVC Purete Step Edge platinum dengan rekaan tepi bertingkat yang moden dan maskulin

Pemakaian cincin merisik, tunang, dan nikah

Nak berkahwin pun sampai tiga cincin diberi! Mesti anda tertanya-tanya di jari mana harus pakai cincin merisik, cincin tunang, dan cincin nikah?

Pemakaian cincin sebenarnya terpulang kepada yang memakai, yang penting anda selesa apabila memakainya. Tetapi, ada yang berpendapat bahawa cincin merisik disarungkan di jari manis belah kiri manakala cincin bertunang di jari manis belah kanan.

Boleh juga jika anda ingin memakai kedua-dua cincin merisik dan cincin tunang bersama-sama di jari manis belah kanan.

Jika anda sudahpun berkahwin, and boleh memakai cincin nikah anda bersama-sama cincin tunang di jari belah kanan manakala cincin merisik kekal di jari manis belah kiri.

Akhir kata

Walau apa-apa pun, anda perlu ingat bahawa perbuatan memberi cincin ini hanyalah adat semata-mata. Haruslah ingat bahawa dari sudut pandangan Islam, yang penting hanyalah proses akad nikah. Jika anda mampu, teruskan! Layari laman web Love & Co. https://www.love-and-co.com.my/ untuk mengtahui lebih lanjut jenis-jenis cincin yang terdapat!